Thursday, September 19, 2019

KHASIAT PRODUK SARANG BURUNG WALIT/WALET

Berdasarkan kajian terdapat terlalu banyak khasiat sarang burung walet berbanding sumber makanan yang lain. Pemakanan sarang burung walet tidak asing lagi sejak zaman dahulu kala tetapi bukan semua golongan masyarakat mampu untuk menikmati hidangan tersebut kerana sumber yang terhad dan mahal. Dipercayai pemakanan dari sumber ini dapat memberi kelebihan dari segi kecantikan, keremajaan, kulit lebih cerah dan lebih anjal. Tidak kurang juga dari aspek kesihatan dimana ia dapat menguatkan paru-paru, jantung, metabolisma sihat, sistem pencernaan sihat, merawat asma, menguatkan mental, merawat tekanan perasaan, serta banyak lagi. Produk berasaskan pati sarang burung juga amat sesuai untuk digunakan oleh ibu mengandung dimana dikatakan dapat mengekalkan kecantikan ibu, memperbanyakkan pengeluaran susu ibu selepas kelahiran, menguatkan sistem paru-paru bayi, menguatkan antibodi dan dipercayai mencantikkan kulit bayi yang baru lahir. Amatlah sesuai menggunakan produk sarang burung beberapa bulan sebelum dan selepas melahirkan kepada bakal ibu dan yang baru melahirkan

Dewasa ini produk berasaskan sarang burung terlalu banyak dipasaran dan dapat diperolehi dengan harga yang murah dan tersangat murah. Dan jangan tertipu dengan harga kerana kebanyakannya mengandungi bahan campuran seperti gula serta bahan kimia yang menjadikan produk-produk tersebut boleh dijual dengan harga yang murah dan mengurangkan kandungan pati sarang burung itu sendiri. Tidak dinafikan dengan penggunaan produk tersebut anda akan memperoleh khasiat sarang burung tetapi dengan kandungan yang sedikit berbanding campuran lain yang mana hanya menggunakan nama sarang burung walit untuk kempen pemasaran. Untuk menarik pelanggan pengusaha-pengusaha produk sarang burung juga memasukkan gula yang mana tidak sesuai untuk kesihatan kedalam tubuh. Cuba bayangkan setiap hari selama 30 hari anda terpaksa minum kandungan gula yang tinggi untuk mendapatkan sedikit khasiat sarang burung.

Dipasaran terdapat juga produk yang mengandungi peratusan sarang burung yang tinggi tanpa campuran bahan lain seperti yang dinyatakan sebelum ini. Harga satu item mungkin mahal berbanding produk-produk campuran yang lain tetapi berbaloi dengan keaslian serta peratusan kandungan yang tinggi. Khasiat yang ada pada satu botol/bekas dapat mengalahkan 20 hingga 30 botol/bekas produk yang murah. Amatlah sesuai dikatakan disini carilah produk asli tanpa bahan campuran kerana bagi penggunaan harian harga yang dijual lebih berbaloi jika dibandingkan produk yang tidak asli. Untuk mendapatkan khasiat yang asli dan sihat cuba utamakan produk yang asli, mungkin rasanya yang tidak sesedap produk campuran lain tetapi jika kita utamakan khasiat berbanding rasa anda akan setuju dengan pendapat ini.

Disini kita dapat melihat pelbagai zat-zat yang terkandung dalam pati sarang burung asli:

1. Mengandungi Amino Acids penting yang hanya dapat diperolehi melalui pemakanan yang sihat.

1.1 Lysine terlibat dalam menghasilkan sistem antibodi yang kuat dan sistem imunisasi sihat. Membantu mempercepatkan penyembuhan dari pembedahan serta kemalangan. Ia juga diperlukan untuk penghasilan hormon, tumbesaran dan memperbaiki tulang bagi orang dewasa serta kanak-kanak.

1.2 Methionine menghalang pengumpulan lemak pada hati untuk memastikan fungsi hati yang sihat yang penting untuk menyingkirkan toxin dari badan. Zat ini juga menyokong fungsi hati dengan mengawal selia glutathione yang merupakan antioxidant diperlukan untuk meneuteralkan toxin dalam hati. Membina tisu yang sihat dan kuat dan menggalakkan kardiovaskular yang sihat serta fungsi jantung yang sihat.

1.3 Phenylalanine diperlukan oleh sistem saraf utama dan efektif untuk merawat masalah yang melibatkan kesihatan mental seperti tekanan perasaan dan meningkatkan ingatan serta daya tumpuan. Membantu untuk mengurangkan rasa lapar dan lebih peka dengan persekitaran.

1.4 Threonine menyokong kardiovaskular, hati, sistem saraf dan fungsi sistem imunisasi dengan meningkatkan antibodi.

1.5 Alanine membantu mengawal kandungan gula dalam darah dengan menukar menjadi tenaga dan menyingkirkan lebihan toxin dalam hati. Amat penting bagi keseimbangan nitrogen dan glukosa dalam badan.

1.6 Arginine memainkan peranan utama dalam penghubungan tisu contohnya pada sendi dan otot. Peningkatan zat ini dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Selain itu arginine menggalakkan kesuburan bagi orang lelaki, dan menigkatkan sistem imunisasi. Tambahan ia berperanan untuk mengurangkan lemak badan serta mempercepatkan penurunan berat badan.

1.7 Aspartic Acid menggalakkan minda yang sihat dan selalu digunakan untuk merawat kelesuan serta tekanan mental.

1.8 Cysteine mengekalkan kesihatan, awet muda dengan menggalakkan penghasilan kolagen serta kulit yang lebih anjal. Ia juag berupaya membantu menghasilkan sel darah putih yang merupakan pertahanan menentang influenza.

1.9 Glutamic acid penting untuk sistem metabolisma yang berkaitan lemak serta gula. Ia dipercayai diperlukan untuk merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku/memberontak, epilepsy, masalah mental, dan ulser.

1.10 Glycine membantu menyeimbangkan kandungan gula dalm badan dengan membekalkan lebihan tersebut kepada tenaga dengan mengubahnya kepada glukosa. Tambahan, ia bertindak menghalang ketumbuhan yang akan membiak menjadi kanser. Zat ini memelihara sistem pencernaan yang sihat.

1.11 Histidine seimbang amat penting untuk memastikan kesihatan mental dan fizikal yang sihat. Ia juga penting untuk kesihatan alat kelamin. Ia kadangkala digunakan untuk merawat penyakit yang melibatkan kegagalan fungsi berkaitan seksual. Histidine secara semulajadi bertindak melindungi menentang kerosakan berkaitan radiasi dan menyingkirkan logam berat dalam badan.

1.12 Isoleucine terkenal dengan keupayaanya untuk merawat tisu pada otot, mengekalkan tenaga yang seimbang dengan mengawal peredaran gula dalam darah.Kekurangan zat ini dalam badan boleh mengakibatkan sakit kepala, pening, kelesuan, tekanan dan kekeliruan.

1.13 Leucine menggalakkan penyembuhan tulang, tisu dan tisu pada otot yang disebabkan oleh kemalangan dan disyorkan kepada yang sedang dalam proses penyembuhan selepas pembedahan. Leucine akan bekerja dengan Isoleucine dan Valine untuk menigkatkan penghasilan hormon yang penting untuk tumbesaran, dan membantu membakar lemak pada bahagian visceral yang paling susah disingkirkan melalui proses diet dan senaman.

1.14 Serine penting untuk otak dan sistem saraf yang sihat. Ia juga bertindak dalam pembentukan otot dan memberi keseimbangan sistem imunisasi yang sihat. Serine membantu menghasilkan immunoglobulins dan antibodi untuk sistem imunisasi yang sihat.

1.15 Valine membantu untuk menghalang kegagalan pada otot dengan membekalkan otot tambahan glukosa untuk penghasilan tenaga semasa aktiviti fizikal. Ia juga membantu menyingkirkan lebihan toxic dari nitrogen pada hati dan menyalurkan nitrogen pada tisu lain yang lebih memerlukan. Valine juga dapat bertindak untuk merawat hati dan penyakit yang berkaitan dengan hempedu yang mana kerosakan disebabkan oleh penyalahgunaan alkohol dan dadah.

Mungkin terdapat banyak lagi khasiat yang diluar pengetahuan saya. Terpulang kepada pengguna untuk mendapatkan produk sarang burung yang asli atau campuran mengikut kemampuan masing-masing. Semestinya produk yang asli lebih tinggi khasiatnya berbanding dicampur dengan gula dan bahan kimia lain kerana kandungan pati sarang burungnya yang lagi tinggi.

Penggunaan produk berasaskan sarang burung semakin menigkat saban tahun dan harga bahan mentah untuk proses penghasilan saban tahun semakin meningkat. Kita bertuah kerana negara kita diantara negara pengeluar utama bahan mentah kerana burung walit hanya terdapat di kawasan nusantara sahaja berbanding negara lain selain negara-negara diluar kawasan habitat burung walit semestinya harga untuk produk serta bahan mentah berkali ganda lebih mahal.