Saturday, April 2, 2011

PETUA : MENGURANGKAN BERAT BADAN

Gemuk
Masalah paling merunsingkan para aweks kat luar ------->>>>LEBIH BERAT BADAN, BUNCIT, BOYOT dan lain-lain lagi......haha....kepada yang diluar sana jangan marah sebab saya pun ada masalah ni jugak ( saje nak amik ati ) tapi jangan bimbang sebab saya ada list secara ringkas petua-petua yang tak perlu kita susah-susah masuk hutan @ habiskan duit beli ubat untuk mengurangkan berat badan


1. MINUM AIR DENGAN KERAP (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
Ada orang tua cakap kalau kita minum air sebelum makan boleh mengurangkan nafsu nak makan lebih....saya ada buat masa pokai dan terbukti berkesan. Disamping menjimatkan wang kita juga dapat mengurangkan berat badan...hehe


2. MAKAN SECARA TERATUR 
Amalkan makan secara berjadual contohnya makan hanya pada waktu pagi, tengah hari dan diantara waktu Maghrib-Isyak...sederhanakan pengambilan makanan pada waktu malam .Secara ringkasnya, makanan yang sepatutnya ditukar kepada tenaga akan menjadi lemak kerana kurangnya aktiviti kita diwaktu malam. Tidak digalakkan berlapar untuk kurus kerana badan juga memerlukan makanan untuk membantu proses pembakaran lemak.


3. LEBIHKAN MAKAN BIJIRIN PENUH DAN KEKACANG
Seperti yang kita tahu kedua-duanya mempunyai kandungan kaborhidrat kompleks, vitamin, mineral, protein dan sedikit lemak yang bertindak untuk menghasilkan tenaga. Amalkan memakanya pada waktu pagi menggantikan nasi atau makanan berat yang lain.

Garam

4. KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN
Masakan memang tidak lari dengan penggunaan garam tetapi janganlah terlalu lebih. Elakkan makanan yang menggunakan garam terlalu banyak kerana disamping meningkatkan tekanan darah garam juga bertindak untuk menakung air.


5. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah yang digunakan dalam pemakanan dapat membakar kalori seperti biji sawi dan cili serta lada hitam.

Berjalan-jalan
6. BERJALAN SELEPAS MAKAN
Sunnah Nabi Muhammad yang diwariskan kepada kita memang mempunyai hikmah disebaliknya. Kita digalakkan berjalan-jalan selepas makan supaya makanan tadi dapat menjalankan proses pembakaran kalori.


7. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Ambil sesuatu yang pahit contohnya serbuk kopi akan mengakibatkan tekak berasa pahit dan isyarat akan dihantar ke otak bagi menggalakan penghasilan enzim dan asid HCL yang mana bertanggungjawab dalam proses peghadaman.


 KLIK DISINI UNTUK KIRA KALORI YANG DIPERLUKAN TUBUH ANDA