Thursday, September 30, 2010

Jokes: Ajar Mengucap

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".
Menantu tersebut ibarat lembu yg tersepit

Jokes: Jam Budak Punk

Gambar Hiasan
Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Wednesday, September 29, 2010

PETUA : HILANGKAN KULIT MUKA BERMINYAK

rmai yg mmpunyai muka berminyak tp buat endah xendah j. pasai ap? haa....ini yg kita xtau......hehe. mcm dlm citer ' Los n Faun' plak...Padahal bnda n sng j , xpayah la nk g cr ubat, losyen, atau pape j yg pkai bhn kimia.ak nk bg petua dr bhn smulajadi.klu duk kg blambak bahan2 n kat blakang rumah.dah la free, pastu sng plak nk buat.yg duk bandr plak especialy united kingdom(gurau jek), korang cr kat pasar pon ad kot(berdasarkan jenis pasar yg korang g, klu pasaraya@mall xde kot jual daun sireh).tnpa mmbazirkan masa jom kita tgk petua-petua yg sy jmpe yg akn dgunakan oleh sebilangan besar pemuda-pemudi.........

  • PETUA 1:Parut epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu......sonang j niee   
  • PETUA 2: Rendam beras anggaran setengah gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemuanya bahan ini hendaklah dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum tidur.
  •  PETUA 3:Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada, bolehlah digantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.
  • PETUA 4:Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
  •  PETUA 5 :Campurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih.
  • PETUA 6 :Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu laplah bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.klu yg ini pon korang kate ssh ak xtau laa.......

Tuesday, September 28, 2010

PERHATIAN:BERHATI-HATILAH DGN MINUMAN INI

Ni ak tbaca kat blog org, kira ak copy paste j mklumat nih.........(tulisan ijau maknenya ak mncelah ...haha)





Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia. Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terbaru, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau?Jika anda di Singapura(produk n djual kat Singapore j k?) harap2 baca dulu bahan-bahan yg terkandung dlm minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikiradalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini.lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya?  Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???  
 







 Belek punya belek(saspen jgk citer mamat nih).....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!


Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg <span>haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini. 

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)(last pesanan penaja kita)

lets enjoy.........hidup hanya sekali

Sabar.........jgn menilai isi berdasarkan tajuk nih. Korng yg rasa alim mesti nk komen bhw pndapat ak salah kn? hahahaha. Tp bg muda mudi (xtaula klu ad tua bangka yg xsedar diri pn ad gak) yg sedikit mlencong mnyokong tajuk yg ak pilih nih.hahaha.........ak n bknye baik sngt smpi nk kate yg korang n xbetul.Mmg betul kita hidup hanya sekali....tetapi mr kita tgk poin dsebaliknya pulak

  • Hidup ini singkat: wei, jgn rase r kita hidup lame. Stakat 60-70 tahun n kejap j la. Bngun pagi( rs berat nk bngun sbb rs bnyk bnda kne buat.....hnya kpd yg ad kje) dlm pkul 6.30pg(cth n ak amik bg yg smayang subuh). Mandi pling kejap pn 5 minit. pastu g tmpt kje(ak xcampur ngan breakfast sbb ad yg xmkn pg pn). Bg yg kje krjaan rehat kul 1-2 p.m. (smayang, mkn, rehat, dll).......pastu masuk kje balik smpi pkul 4@5 p.m..(ak xtau wktu sbenar korng blik kje, tp rs2  hampir ngan waktu nih)......nk blik pn satu hal....klu duk dkt alhamdulillah. ptg (xtau r korg smpt @ x, sstgh org smpi nk dkt mghrib) klu yg rajin pegi bersukan tp klu mls wat r ap2 yg korg suka. Maghrib to Isyak(bg yg smayang awl) ....smayang, mkn, mngaji(klu rajin), tgk tv. Late night plak(kebanyakan org) tgk tv, men intenet, kuar jmpe kwn@gf, study, wat kje, dll............................sehingga korng msuk tido. inilah rutin harian korang setiap hari tanpa rasa jemu sehingg xprasan ms smakin berlalu, kita da smakin tua. xsangka2 muka da kedut2, perut da ad  lemak yg dlu kita xpnh sngka ad, rmbut beruban, dan mcm2 lg lah tnda kita da smakin tua. 
  •  Hidup di Akhirat adlh selama2nya: Ak mmg yakin hidup ni hnye skali, tp jgn harp korang bleh habiskan citer n dgn sng sbb byk ag bnda yg akn blaku slpas kmatian. Bg yg ad wat dosa tntulah kne azab kubur dlu smentara nk tggu hari kiamat. Slepas tu semua manusia yg hidup sjk zaman nabi Adam hinggalah umat nabi Muhammad tdk kiralah sama ada dia Islam@Kafir dibangkitkan smula dan diadili ditgh2 padang Mahsyar yg panas terik(mngikut amalan masing2). Pengadilan dibuat berdasarkan perbuatan kita diats muka Bumi. Amaln jahat dibalas dgn azab api neraka, amalan baik dbalas dgn syurga( ttp jika tdpt dosa juga akn dmasukan kdlm neraka sblum dimasukan kdlm syurga), 1 tahun disana bersamaan 50000 tahun dibumi..............kita hidup hnya skali kat dunia pn xsmpi 100 tahun kn...xleh nk byngkan kpanasan api neraka ttp ak bleh bg cth pling koman kat korang. Try amik 'lighter' pastu ltk tgn korng kat ats api slama 10 minit j(kcuali deria rasa korg rosak jgn cuba, tp korng pn akn bleh rasa gak bila dineraka)....tp lighter tuh hnya scebis dr azab api neraka. Didlmnya ad mcm2 lg azab lain....Then???? slepas diazab(sebagai hukuman keats perbuatan dosa) beribu2 taun(mngikut kekerapan dan jenis dosa yg dlakukan) korang akn dmasukan kdlm syurga (paling kecik pn da lebih bberapa kli ganda dr dunia kita nih) utk slama-lamanya. Sesiapa yg ad Iman wlau skecil zarah akn dberikn syurga diakhirat nnti...............tp bg yg murtad jwbnye sori. Korng akn bersama dgn org2 kafir utk dijadikan bahan bakar kat neraka smpi bila2.

So???? ap lg.................life is short....jom ibadah

PETUA : MENGHILANGKAN JERAWAT

Ini masalah biasa kpd budak yg bru meningkat remaja...........tapi jgn bmbang mslah korang ak jmpe jln pnyelesaianya. 
ATTENTION: jgn sesekali picit jerawat klu sygkan kehenseman muka korang




Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.(PALING MUDAH)

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.





                                                                                                           
                                                                                                           
Insya Allah korg usaha pasti akn berjaya
Kita yg merancang ttp Allah yg mnentukan..............